Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan dan EISH Aghnia Global Resources (EAGR). Politeknik Nilai telah terpilih sebagai ‘co-host’ bagi penganjuran Program Sukses 2.0 2023 pada kali ini. Penganjuran program ini bertujuan untuk mempromosi dan menyebar luas maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) kepada masyarakat setempat khususnya kepada para pelajar, guru dan ibu bapa yang berkonsepkan ‘one stop center’.
 
Mesyuarat Penyelarasan Program Sukses 2.0 2023 Bil. 1/2023 ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Nilai dan dipengerusikan oleh En. Shuharzi bin Md Salleh, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan dihadiri oleh Barisan Ahli Mesyuarat.