Mesyuarat Agihan Peruntukan Perbelanjaan kepada jabatan bagi persediaan PRU kali ke -15 DUN Negeri Sembilan telah diadakan di Pejabat Pilihan Raya, Seremban dan telah dipengerusikan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Negeri Sembilan, Tuan Roslan bin Mat Nong.
 
Pengarah Politeknik Nilai, Tuan Haji Wan Zulkifly Wan Zakaria bersama dua orang pegawai kewangan turut hadir untuk mendapatkan maklumat persediaan Pilihan Raya Umum kali ke-15 tersebut. Politeknik Nilai merupakan salah satu agensi kerajaan yang telah dilantik secara rasmi bagi membantu persediaan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Kali Ke-15.