Majlis Perhimpunan Staf Politeknik Nilai Bil. 2/2023 telah diadakan di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai. Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah bersama menjadi urus setia. Majlis telah dimulai dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar seterusnya Ucapan Pengarah Politeknik Nilai, Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria diikuti dengan Penyampaian sijil penghargaan kepada penaja (Pengusaha Cafe) yang menaja kupon makanan pelajar B40 dan Simbolik Penghargaan Kepada wira negara Sukan SEA 2023, Muhammad Syafiq Zuber yang berjaya merangkul Pingat EMAS dan diakhiri dengan Tayangan video aktiviti jabatan akademik (Mac – Mei 2023).