Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Kuliah 2, ULPL yang melibatkan Pengurusan Latihan Staf dan Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di jabatan/unit/pusat Politeknik Nilai. Ianya telah dipengerusikan oleh Pn. Norazlina Ahmad, Ketua Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL). Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras permohonan kursus bagi tahun 2023 bagi meningkatkan kompetensi staf PNS dalam bidang masing-masing, mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) secara aktif dan isu-isu berbangkit tentang kursus wajib staf serta penerangan KPI.