Seramai 7 orang pensyarah Program Landskap Hortikultur dari Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri (JAB) dan 3 orang pegawai Politeknik Nilai telah menghadiri Program Landscape & Tree Care Industry Expo 2023 (LTCI Expo 2023) yang dianjurkan oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Deco Alam Consult (DAC). Program ini turut mendapat sokongan Institut
Arkitek Landskap Malaysia dan Persatuan Arborist Malaysia serta kerjasama Industri Pengurusan dan Penyelenggaraan. Program yang berlangsung selama 3 hari ini melibatkan aktiviti seminar, bengkel serta pameran berkaitan dengan Landskap dan Industri Pengurusan dan Penyelenggaraan Pokok. Program ini memberi pendedahan dan manafaat yang baik kepada para pensyarah dan pegawai yang menghadiri program ini.