Program jelajah ini telah dianjurkan oleh Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Program yang berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canselori Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini melibatkan seramai 90 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari 15 buah institusi pengajian awam/swasta, politeknik dan kolej Komuniti di zon selatan antaranya Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Melaka (UNIMEL), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik Nilai, Politeknik Mersing Johor (PMJ), Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Kolej Komuniti Muar dan Kolej Komuniti Segamat.
 
Program jelajah ini bertujuan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi mendapatkan cadangan, pandangan dan idea daripada mahasiswa tentang isu semasa sebagai input bagi resolusi untuk dibawa ke Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Kebangsaan (KKMK) dan Mesyuarat Perdana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
 
Politeknik Nilai telah diwakili oleh 5 orang pelajar MPP dan Penasihat II MPP, Pn. Norfazila Ahmad.