Program ini dianjurkan oleh Biro Sosial PUSPANITA Politeknik Nilai. Program ini melibatkan 13 orang peserta bertempat di Bukit Batu Putih, Port Dickson. Program ini berkonsepkan 'outdoor lasak' iaitu mendaki bukit di samping itu peserta diajak bersama-sama membuat aktiviti “Plogging” sepanjang pendakian tersebut di mana ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam mewujudkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam agenda melestarikan aspek kebersihan.