Kem ini dianjurkan bersama Koperasi (TASKA) dan PUSPANITA Politeknik Nilai selama 2 minggu bermula pada 12 sehingga 23 Disember 2022. Kem yang bertemakan "Setiap Insan Adalah Pemimpin" ini melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak staf Politeknik Nilai. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sebagai pengisian kem.
 
Pada hari pertama kem ini berlangsung, anak-anak disajikan dengan Ilmu Tahsin Al-Quran oleh Ustazah Rosmawati Razak dari Jabatan Pengajian Am.