Landscape Horticulture Exhbition 2022 telah dilaksanakan selama 3 hari yang melibatkan pelajar Diploma Hortikultur Landskap, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (DLH, JAB) dari semester 1 hingga 5.
Antara aktiviti menarik yang berlangsung adalah penilaian Portfolio bagi kursus Landscape Graphic, Basic Landscape Design, Planting Design dan Landscape Site Design. Manakala kursus- kursus lain juga telah mempamerkan hasil kerja pelajar yang telah dilaksanakan sepanjang semester sesi 1 2022/2023, turut diadakan pembentangan projek pelajar semester 4 yang terpilih bagi Tabung Haji Properties Landscape Design Competition yang memberi ruang dan peluang kepada pelajar politeknik dalam perancangan pembangunan Bandar Enstek. Aktiviti lain seperti Flower Decoration, Photography Exhibition juga turut diadakan .
Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran kepada semua pelajar DLH tentang kemahiran dan ilmu yang akan dipelajari.