Taklimat Disiplin telah disampaikan oleh Pegawai Disiplin JKM, En Rudy Adrie Bin Idris dan En. Mohd Syahidullah bin Ahmad Anuar yang menekankan pemakaian dan rupadiri pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir.
Turut diadakan Taklimat Peperiksaan Akhir yang telah disampaikan oleh Penyelaras Peperiksaan JKM, Pn. Saifa Masfuza Binti Salan. Taklimat ini menekankan peraturan dan arahan-arahan peperiksaan akhir yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar JKM semasa menduduki peperiksaan akhir.
Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar dan semoga semua pelajar JKM dapat menjawab soalan Peperiksaan Akhir dengan cemerlang.