Politeknik Nilai telah mendapat jemputan daripada rakan kolaborasi program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS) untuk mengadakan mini seminar antarabangsa bersama.
Platform ini telah memberi peluang kepada para pelajar dari DLS5 untuk berkongsi hasil final year project (fyp) mereka bersama Universitas Logistik & Bisnis International (ULBI) di mana sebelum ini dikenali sebagai Politeknik Pos Indonesia. Program ini telah berlangsung secara dalam talian menggunakan platform GoogleZoom.