Program ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Nilai dan ianya merupakan anjuran bersama Yayasan Al-Hikmah dan Program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB), Jabatan Perdagangan, Politeknik Nilai. Antara taklimat yang berlangsung di sepanjang program tersebut adalah 'Perancangan Kewangan Remaja dalam Mendepani Krisis Ekonomi' yang disampaikan oleh Dr. Haji Shahizan Haji Md. Noh iaitu Wakil Penasihat Kewangan Islam Berlesen (iFAR), Bank Negara Malaysia (BNM) dan 'Isu-isu Semasa Pengurusan Harta dalam Islam dari Perspektif Perundangan' disampaikan oleh Pn. Mardiana binti Harry merupakan Perancang Harta Pusaka Islam di As-Salihin Trustee Berhad.
Program ini merupakan salah satu kaedah penilaian yang akan digunakan bagi menilai pelajar melalui penganjuran aktiviti seperti yang dinyatakan di dalam silibus DPD20042 Islamic Financial System. Berdasarkan kaedah penilaian berterusan ini, para pelajar yang terlibat sebagai jawatankuasa akan dinilai berdasarkan etika dan professionalism. Selain daripada itu, melalui program ini juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pihak industri dan Politeknik Nilai, sekaligus kita dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar DIB dengan info yang terkini daripada pihak industri serta memperoleh ilmu yang lebih mendalam berkaitan kewangan dan perbankan Islam.