Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Politeknik Nilai akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-9 yang akan berlangsung pada 9-12 November 2021 bertempat di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai. Majlis Konvokesyen ini akan dilaksanakan buat julung kalinya secara hibrid mengikut norma baharu.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Politeknik Nilai berbesar hati menjemput para graduan untuk menyertai Majlis Konvokesyen ini dengan membuat pengesahan kehadiran di laman sesawang http://spmp.polinilai.edu.my/ukonvo/konvo_login.jsp bermula 13 OKTOBER 2021 sehingga 25 OKTOBER 2021. Garis panduan konvokesyen juga boleh dimuat turun di laman yang sama.

4. Bagi memudahkan penyampaian maklumat / pertanyaan, para graduan boleh menyertai saluran telegram Informasi Majlis Konvokesyen Politeknik Nilai di pautan berikut: https://t.me/joinchat/yBQ471iLtMU0OGVl

Kerjasama dan penglibatan para graduan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.