HEBAHAN PILIHANRAYA KAMPUS POLITEKNIK NILAI 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Pilihanraya Kampus Politeknik Nilai telah mula membuka permohonan pencalonan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang baharu bagi Sesi 2025/2026. Oleh yang demikian, dilampirkan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan tersebut:
- Notis hebahan Pilihanraya Kampus 2025 / 2026
- Syarat-syarat Calon Pilihanraya Kampus
- Maklumat Bilangan Kerusi yang dipertandingkan
- Borang Penamaan Calon Pilihanraya
- Borang Penarikan Diri Pencalonan
Justeru, Sekretariat Pilihanraya Kampus Politeknik Nilai memohon agar makluman ini dipanjangkan ke semua pelajar-pelajar PNS yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Ts. Muhammad Hamizan Bin Ab Hamid (Pengurus Pilihanraya Kampus PNS) di talian 013-228 2280, atau, hadir ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PNS.
- Details
- Hits: 9