Telah berlangsung Bengkel Komuniti Filem dan Belia Kreatif di D’Sora Boutique Hotel bersama 28 orang pelajar Politeknik Nilai seorang pensyarah pembimbing.
 
Bengkel di bawah anjuran MajuUsaha Enterprise dengan kolaborasi bersama Pusat Instruksional dan Pembelajaran Digital (PIPD) adalah di bawah usahasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan SENIMAN Malaysia yang melibatkan tenaga pengajar yang hebat seperti Puan Maizura binti Ideris (Penulis Skrip Memoir Seorang Guru, Nora Eleena & Nur Kasih) bagi slot script writing, Encik Izmer bin Hamdan (Ambassador bagi FujiFilm Japan) bagi slot camera angles & tricks) dan Encik Fauzi bin Nawawi (Pelakon Popular Tempatan) bagi slot lakonan.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan objektif program outreach kepada komuniti telah berjaya dicapai dengan baik.
 
Tiga video terbaik boleh ditonton di bawah:
 
1. “PSA Madani: (Unfortunately) Uncommon Sense” https://vt.tiktok.com/ZSVrFBXmj/
2. ⁠”Kad Peringatan” daripada Siti Taqiah: https://vt.tiktok.com/ZSVrYjURN/
3. ⁠”Sejauh Ini” daripada Qaisara Najla: https://vt.tiktok.com/ZSVrFW585/