15 - 16 OGOS 2026 | KURSUS LEADERSHIP RELA NEGERI SEMBILAN SIRI 03/2026
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Leadership RELA Negeri Sembilan Siri 03/2026 yang melibatkan 50 orang peserta terdiri daripada pelajar Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS).
Pengisian dimulakan dengan sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh PPgKR Hariz Hazwan bin Abdul Aziz, Penolong Pegawai RELA Daerah Tampin. Seterusnya, sesi pengenalan jabatan dan modul utama disampaikan oleh PgR Abdul Hafiz bin Ruslan, Pegawai RELA Daerah Rembau. Latihan asas kawad pula dikendalikan oleh PPgKR Mohd Fazlie bin Sa’ari, Pegawai Logistik dan Persenjataan RELA Negeri Sembilan bersama barisan jurulatih.
Aktiviti diteruskan dengan latihan asas kawad di bawah bimbingan PPgKR Mohd Fazlie bin Sa’ari bersama barisan jurulatih. Seterusnya, modul berkaitan jabatan khususnya Akta 752 (Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012) disampaikan oleh PgR Ridzuan bin Utoh, Pegawai RELA Daerah Kuala Pilah.
Kursus diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh PPjKR Senin bin Sadie, Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Sembilan bersama PgR Zulaini binti Wan Khalid, Pegawai Latihan RELA Negeri Sembilan serta barisan pegawai RELA Negeri Sembilan.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen sepanjang kursus berlangsung.
- Details
- Hits: 39




