Politeknik Nilai melalui Unit Kebudayaan,Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum (JSKK), Politeknik Nilai telah menyertai Festival Kebudayaan dan Warisan ke-13 ( FESKEW ) di Politeknik Mersing Johor. Sebanyak 3 acara telah disertai iaitu Pertandingan Tarian Rampaian Melayu Kreatif, Pertandingan Layang-Layang dan Pertandingan Arca.
Pencapaian Politeknik Nilai:
Tarian Rampaian Melayu Kreatif - tempat ke-19/22
Layang-Layang – tempat ke-20/23
Arca – tempat ke-18/25
Syabas atas komitmen dan usaha dalam mengangkat serta membudayakan seni dan warisan Malaysia. Teruskan melakar kecemerlangan! 🇲🇾