Taklimat ini telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, dan dianjurkan oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri. Program ini melibatkan pelajar yang akan menjalani Latihan Industri (LI) pada Sesi II: 2026/2027 .
Taklimat diadakan bagi memberi makluman berkaitan keperluan pelajar semasa menjalani LI dan proses-proses penilaian yg terlibat kepada pelajar serta peraturan-peraturan semasa yg digunapakai bagi urusan LI di samping nasihat - nasihat bagi memupuk semangat dan hala tuju dalam menempa kejayaan.
Selain itu juga, taklimat persediaan ini juga merupakan keperluan wajib bagi dijalankan merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri (LI) Politeknik Malaysia Edisi 2022 yang dikeluarkan oleh Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BIPD, JPPKK)
Taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Encik Samsul Nizam Bin Abd Rahim.