29 JANUARI 2026 | ZIARAH PRIHATIN PELAJAR JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI
Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB), Ts. Ahmad Yazid Rahman, bersama Ketua Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap serta beberapa orang pensyarah telah mengadakan ziarah prihatin ke atas pelajar, Mohammad Irfan (semester 3) dari Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat terjatuh dari motosikal.
Lawatan tersebut telah diadakan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dalam ziarah ini, sumbangan telah disampaikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan daripada staf Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri (JAB) serta Unit Kebajikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).
Semoga Mohammad Irfan diberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan segala urusan.
- Details
- Hits: 86




