29 JANUARI 2026 | MAJLIS ANUGERAH PEMBANGUNAN POLYCC (APPOLYCC) 2025
Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menganjurkan Majlis Anugerah Pembangunan PolyCC (APPOLYCC) 2025 yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada Bahagian di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), institusi serta individu yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyiapan projek pembangunan. Pengiktirafan ini turut mengambil kira kecekapan dan keberkesanan pembelanjaan peruntukan pembangunan selaras dengan dasar, tadbir urus kewangan serta hala tuju strategik JPPKK dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Pada majlis yang berlangsung di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) beberapa orang kakitangan Politeknik Nilai juga telah menerima sijil penghargaan di atas pencapaian Kajian Penilaian Outcome yang disertainya telah mencapai prestasi yang memberangsangkan. Mereka yang terlibat merupakan ahli Pasukan Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan Pusat Data Bersepadu Kolej Komuniti iaitu LAr. Dr. Fara Diba binti Badrul Hisham, Puan Nur Hidayah binti Khalid, Dr. Ahmad Razimi bin Mat Lazim, Ts. Dr. Faraziah binti Hassan, Dr. Nor Rahimy binti Khalid dan Puan Siti Assila binti Murtijan.
Tahniah dan Terima kasih atas sumbangan kepakaran semua pegawai Politeknik Nilai yang terlibat.
- Details
- Hits: 77




