Program Diploma Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan (DLS) telah menganjurkan program Emerging Trends in Logistics & Supply Chain bagi memenuhi KPI jam bagi program pensyarah pelawat industri (PPI). Prof Ts. Dr. Muhammad Zaly Shah FCILT, President CILTM yang baru sahaja dilantik pada 8 Oktober 2023 lalu telah dijemput di dalam satu sesi pertemuan bersama semua pelajar DLS Politeknik Nilai.
 
Program ini bertujuan untuk memberi gambaran dan idea kepada pelajar DLS dalam situasi sebenar tentang trend terkini di dalam bidang logistik dan rantaian bekalan di industri di mana penggunaan teknologi dan peluang ekplorasi ilmu dapat diwujudkan. Penglibatan pensyarah dan pelajar DLS dalam program ini membolehkan mereka mengaitkan ilmu yang diperoleh dari bilik kuliah dengan memberi gambaran dan idea dalam situasi sebenar di industri.