PROGRAM DISKUSI PERPADUAN: CHIT CHAT BELIA 2023 "MENUJU KEGEMILANGAN (TOWARDS GLORY)” PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sembilan dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara (SRN) Politeknik Nilai telah menganjurkan Program Diskusi Perpaduan: Chit Chat Belia 2023 "Menuju Kegemilangan (Towards Glory)" Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai.
Program ini telah dirasmikan oleh Puan Nor Azizah binti Abdul Malik, Pegawai khas 1 yang mewakili YB Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memupuk dan menanam sifat perpaduan dalam kalangan pelajar – pelajar berbilang kaum.
Sesi Chit Chat Belia 2023 tersebut telah menjemput khas panel -panel yang hebat dan berpengalaman untuk membahaskan tentang perpaduan dalam kalangan belua di Malaysia, mereka adalah Datuk Baharin bin Idris, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani bin Ahmad Sabri, Mantan Ketua Pengarah JASA dan Saudara Zul Khairi bin Zainal Hisham Alumni Politeknik Nilai. Selain itu terdapat aktiviti lain yang disediakan untuk pelajar - pelajar seperti Pertandingan Video Pendek Perpaduan TikTok, Kuiz Perpaduan, Persembahan Nyanyian Patriotik dan Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh pelajar berbilang kaum.
Semoga dengan penganjuran program seperti ini, ia mampu memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Details
- Hits: 418