Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS) telah menganjurkan program Emerging Trends in Logistics & Supply Chain bagi memenuhi KPI jam bagi program pensyarah pelawat industri (PPI). Puan Noor Azila binti Ahmad, Timbalan Pengurus Yayasan PKT Logistics telah dijemput untuk berkongsi bersama pelajar DLS4 dan DLS5.
 
Program ini bertujuan untuk pihak industri berkongsi amalan dan pengetahuan bersama para pelajar dalam memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan trend terkini di dalam kerjaya bidang logistik dan rantaian bekalan. Penglibatan pensyarah dan pelajar DLS dalam program ini membolehkan mereka merealisasikan ilmu yang diperoleh dari bilik kuliah dengan memberi gambaran dan idea dalam situasi sebenar di industri di mana peluang ekplorasi ilmu dapat diwujudkan.