Mahrajan Thaqafiy Kesenian Islam (MTKI) POLYCC 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang.
Alhamdulillah, Politeknik Nilai sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih beberapa kedudukan dalam pertandingan yang dipertandingkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta, pembimbing serta seluruh pasukan yang telah membawa nama Politeknik Nilai ke persada MTKI POLYCC 2026.

Hafazan Juzuk 1–5 Lelaki

Johan – Muhammad Imtiyaz Ilhami bin Mohd
Yosup - FTV1B

Hafazan Juzuk 1–5 Perempuan

Tempat Ketiga – Siti Khadijah binti Md. Rizal
DBT3C

Hafazan Juzuk 30 Perempuan

Johan – Nurfatin Nabilah binti Fairul Yusran
DHL3A

Jawi

Tempat Ketiga – Aqil Ahmad Azfar bin Zaharudin
DIF1C

Kuliah Pendek

Tempat Ketiga – Ammar Khalis bin Izwan Kamal
FTV1B

Nasyid

Tempat Ketiga – The Symphony
Ahmad Zaim Hazmi bin Aznul Khairi DIF1B
Muhammad Ammar bin Ridzuan DIF5A
Muhammad Danish Imran bin Mastor DBS3A
Ahmad Azzam Asytar bin Abdullah DIF1B
Muhammad Aqif Syazily bin Mohd Nazmi DIF1A
Uqail Muqri bin Mohd Nadzwan DKM1A
Muhammad Iman Hafiy bin Mohamad Safri
oFTV1D
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas usaha, kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan. Pencapaian ini membuktikan bahawa mahasiswa TVET bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran, malah mampu menyerlah dalam penghayatan al-Quran, kesenian Islam dan pembentukan sahsiah unggul.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Politeknik Nilai untuk terus mengembangkan potensi diri, menghayati nilai Islam dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.
Tahniah warga PNS! Teruskan mencipta kejayaan!
Politeknik Nilai – TVET Cemerlang, Sahsiah Gemilang!