BENGKEL PENGURUSAN STRATEGIK MAJLIS TERTINGGI, EXCO DAN BIRO PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) POLITEKNIK NILAI
Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Strategik yang merupakan sebahagian daripada Amity's Dynamic Development Week. Bengkel ini telah melibatkan Majlis Tertinggi, Exco dan Biro Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai.
Bengkel Pengurusan Strategik ini diadakan bertujuan untuk menentukan hala tuju organisasi serta membuat perancangan program dan aktiviti sepanjang Sesi I: 2024/2025. Pada masa yang sama, program ini menjadi platform utama dalam membantu barisan Majlis Tertinggi, Exco dan Biro Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai untuk meningkatkan kemahiran pengurusan organisasi dengan lebih teratur dan menjalankan tugas dengan lebih baik selepas diberikan pendedahan yang sepatutnya dalam menjalankan tanggungjawab masing – masing.
Akhir kata semoga dengan penganjuran program ini, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai dapat menjadi sebuah organisasi yang lebih baik.
- Details
- Hits: 122