Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai telah mengadakan Program Ambilan ahli baharu Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai bagi Sesi I: 2024/2025 selama 3 hari.

Program Ambilan ahli baharu Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai ini telah melibatkan semua Majlis Tertinggi, Exco dan Biro Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai, ianya diadakan untuk menjalankan saringan dan memberi penilaian akhir bagi mengenal pasti calon - calon yang layak menjadi ahli baharu Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Nilai.

Pihak Majlis Tertinggi, Exco dan Biro Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua calon yang terlibat. Tahniah kepada calon - calon yang terpilih menjadi ahli baharu Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai bagi Sesi I: 2024/2025.