Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sedang mengumpulkan maklumat berkaitan kisah kejayaan (success story) alumni politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) bagi penghasilan video dan coffee table book. Ini bertujuan bagi mempromosi POLYCC dan meningkatkan kepercayaan bakal pelajar serta ibu bapa untuk menjadikan POLYCC sebagai pilihan utama melanjutkan pengajian. Oleh itu, Unit Komunikasi dan Perhubungan Korporat (UKK) telah mengadakan sesi rakaman video alumni Politeknik Nilai di HZ Garden & Nursery, Kajang, Selangor. Sesi ini melibatkan 3 orang Unit Komunikasi dan Perhubungan Korporat (UKK) dan 4 orang pelajar Star Talent Club Politeknik Nilai.