Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) melalui Unit PSH telah menganjurkan Kursus Asas Autocad Versi 2024 yang melibatkan 42 orang peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Desa Cempaka dan Sekolah Menengah Dato Mohd Said Nilai, Negeri Sembilan. Kursus ini telah dikendalikan oleh dua (2) orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) iaitu Pn. Rosliza binti Hasan dan Pn. Nur Farahdiba binti Zulkefle. Kursus ini telah diadakan di Makmal CAD 1.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan lukisan kejuruteraan menggunakan perisian Autodesk Autocad 2024 dan juga meningkatkan kefahaman dalam bidang lukisan dengan menggunakan Autodesk Autocad 2024
Melalui penganjuran program ini, ia dapat dijadikan satu platform yang baik untuk menggalakkan penglibatan pensyarah mengikut kepakaran masing-masing dengan melaksanakan perkongsian ilmu kepada masyarakat setempat. Diharapkan dengan pendedahan kursus sebegini, ianya dapat menarik minat pelajar sekolah untuk memilih TVET sebagai laluan melanjutkan pelajaran.