Politeknik Nilai telah dijemput untuk mengadakan pameran dan promosi pendidikan sempena Karnival Pendidikan dan Pameran Kerjaya bertempat di SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dan hala tuju selepas SPM kepada pelajar sekolah. Program ini juga membuka ruang untuk institusi awam dan swasta yang lain untuk mengadakan program promosi, antaranya Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Komuniti Jelebu, Sunway University, Kolej Matrikulasi, dan lain-lain.