Satu perjumpaan dan perbincangan antara Politeknik Nilai bersama UNIKL MESTECH (Institute of Medical Sciences Technology) telah diadakan bertempat di Bilik Hibiscus, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Nilai. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI), Encik Samsul Nizam bin Abd Rahim;Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, LAr. Dr. Fara Diba binti Badrul Hisham; Ketua Program Diploma Bioteknologi, Puan Norshazila binti Senawi; dan Wakil Penyelaras Latihan Industri Jabatan, Puan Munirah binti Mihat serta wakil daripada UNIKL MESTECH iaitu Dr. Khairul Nizam bin Mohd Isa dan Puan Aminul Hamizah.
 
Perjumpaan dan perbincangan tertumpu kepada peluang kepada pelajar dalam bidang bioteknologi bagi menyambung pengajian ke peringkat ijazah Ijazah Sarjana Muda di UNIKL MESTECH serta peluang-peluang lain seperti tawaran pembiayaan pengajian, pengecualian kredit dan peluang mendapat tawaran sambung pengajian.
 
Sehubungan itu, perbincangan dan perjumpaan tersebut lebih tertumpu bagaimana UNIKL MESTECH dapat membantu memudahkan urusan tawaran dan penyelarasan dari segi penawaran pengajian tersebut kepada pelajar lepasan Diploma Bioteknologi Politeknik Nilai.
 
 
Secara keseluruhan, segala yang dibincangkan mendapat persetujuaan di antara kedua-dua belah pihak dan diharapkan kerjasama ini dapat dijalankan dan membuahkan hasil yang diharapkan. Sesi perbincangan telah berlangsung selama hampir 2 jam bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.