Tahniah dan syabas kepada 3 orang pensyarah Politeknik Nilai kerana telah menyertai dan berjaya dalam pertandingan tersebut. PERISA'23 kali ini telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Segamat 2 dengan tujuan untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik institusi TVET di Malaysia di samping menggalakkan penghasilan penyelidikan dan produk yang berkualiti.
 
Politeknik Nilai antara institusi yang turut menyertai PERISA'23 dengan pencapaian PERAK dan GANGSA melalui:
1. Pn. Norfazila binti Ahmad, Jabatan Pengajian Am, En. Kamarul Ariffin bin Abd Rashid (PTSB) dan En. Mohammad Fahmy bin Ibrahim (PSA)
Kategori : Teknologi Maklumat dan Sains Gunaan (TM) dengan inovasi e-RELASIS
 
2. Pn. Faizah binti Jamaluddin dan Pn. Zaitun binti Yusok, Jabatan Perdagangan
Kategori: Sains Sosial, Pentadbiran dan Pengurusan & Umum dengan inovasi APPLY-in GATEWAY