Politeknik Nilai telah terlibat sebagai pempamer dalam mempromosikan program pengajian di Politeknik Nilai yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 ini akan berlangsung pada 18 - 21 September 2023. Majlis konvokesyen kali ini pastinya menjadi lebih manis apabila kolej komuniti turut meraikan 2 dekad penubuhannya.
 
Di samping majlis tersebut, terdapat pelbagai booth-booth pameran pendidikan dan gerai-gerai jualan di sekitar Dewan Tuanku Canselor, USIM tersebut. Antaranya booth pameran pendidikan bagi mempromosi pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti. Politeknik Nilai telah terlibat sebagai pempamer pada 18 - 19 September 2023, ini bagi mempromosi program pengajian di Politeknik khususnya Politeknik Nilai di peringkat diploma.