Pusat Penyelidikan dan lnovasi dengan kerjasama Kolej Komuniti Baling, Kedah telah menganjurkan Program Youth Celik IP at Campsite bagi tahun 2023. Dua orang pelajar Politeknik Nilai dari Program Diploma Landscape Horticulture (DLH), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) iaitu Tun Syarifah Aneeqa binti Tun Abdull Mutalib dan Khairun Nisa binti Samsudin telah menyertai program yang berlangsung selama 3 hari tersebut di Keda Resort Bendang Man Sik, Kedah yang dibimbing oleh pensyarah Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB), Ts. Sures a/l Narayasamy. Tun Syarifah Aneeqa binti Tun Abdull Mutalib telah memenangi peserta perempuan terbaik dengan produk berkonsepkan 'Hydro Filter'. Manakala kumpulan Khairun Nisa binti Samsudin telah memenangi kumpulan terbaik melalui produk inovasi berkonsepkan 'Multipurpose Capsule Drone'. Tahniah dan syabas....