Unit Keusahawanan dan Unit Alumni bersama Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BAPP, JPPKK) telah mengadakan program kerjasama AKPK-HSBC-JPPKK (Kembara Bijak Wang) sebagai satu program keusahawanan pelajar. Program ini akan dilaksanakan secara tiga fasa bermula dari 2 September hingga 28 Oktober 2023. Program berbentuk gamifikasi serta pertandingan secara dalam talian ini melibatkan penglibatan secara berkumpulan dari pelajar. Bagi fasa pertama yang berlangsung pada 7 September 2023, seramai 30 orang pelajar dari Politeknik Nilai telah mengikuti program ini secara hybrid bertempat di Bilik Seminar Keusahawanan Politeknik Nilai. Seterusnya pelajar akan mengikuti cabaran berbentuk gamifikasi untuk terpilih ke fasa seterusnya.