BENGKEL PELAN STRATEGIK PUSAT ISLAM AL-KAUTHAR POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN
Pusat Islam Al-Kauthar Politeknik Nilai Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik Pusat Islam al - Kauthar di Bilik Kuliah, Masjid Sri Sendayan. Bengkel ini diadakan bagi mengemaskini dan meningkatkan kecekapan Pusat Islam al-Kauthar sebagai institusi pembangunan kerohanian institusi dan komuniti setempat. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai merangkap Penasihat Pusat Islam Al - Kauthar Politeknik Nilai.
- Details
- Hits: 499