Inisiatif untuk menceriakan Landskap Jabatan Pengajian Am (JPA) melalui projek gotong royong merupakan salah satu usaha berterusan warga JPA Politeknik Nilai untuk mengekalkan kecantikan panorama di ruang foyer JPA di samping memberi keselesaan persekitaran kepada warga JPA khususnya. Selain mengukuhkan ikatan silaturrahim, program ini juga dijalankan bagi memupuk sikap bertanggungjawab dan sokongan terhadap Program 'PNS ke arah Kampus Hijau' yang membudayakan kecintaan terhadap persekitaran. Program gotong royong ini melibatkan staf JPA. Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah menanam pokok, membaja dan menyiram