Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai merangkap Pegawai Pengurus (RO) N.20 Labu. Mesyuarat turut dihadiri oleh pelbagai agensi yang akan terlibat dalam pilihan raya tersebut seperti Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Pejabat RELA Daerah Seremban, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Telekom Malaysia Negeri Sembilan.
 
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Raflesia ini telah membincangkan persediaan dan masalah yang dihadapi sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke 15 N.20 Labu.