Pengarah Politeknik Nilai telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Pn. Salasiah binti Hashim. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Program Diskusi Perpaduan 'Chit Chat Belia tahun 2023' Peringkat Negeri Sembilan. Perbincangan yang diadakan di Bilik Hibiscus, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) ini telah melibatkan kedua belah pihak yang banyak berkongsi idea terutama tentang perpaduan di kalangan belia masa kini