Satu lawatan ke Kilang Beryl’s Chocolate & Confectionery di Seri Kembangan, Selangor telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai industri. Selain itu, lawatan ini juga dijalankan untuk memastikan pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran kursus DPB10023 Principles of Management iaitu mempraktikkan proses pengurusan, merancang, menyusun atur, mengetuai dan mengawal sesebuah projek yang diberikan dengan melihat sistem pengurusan di Kilang Beryl’s Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. Lawatan ini telah dihadiri oleh Pn. Izawati Anwar bt Sham Sun Anwar, pensyarah kursus bersama 38 orang pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM), Politeknik Nilai semester 2.