Kursus ini telah dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom. Ianya melibatkan 29 orang pelajar program DLS semester 4 dan telah dirasmikan oleh Ketua Program DLS, Pn. Norshima binti Sha'ari.
 
Kursus ini telah menjemput khas 2 orang penceramah industri iaitu Puan Nur Shahira binti Mohd Fazli (Senior Business Development Executive/Instructor - DGM Support (M) Sdn Bhd) dan En. Mohamad Imran bin Mustapa (DG Instructor - DGM Support (M) Sdn Bhd).
 
Antara objektif kursus adalah:
1. Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan IATA’s Dangerous Goods Regulations (DGR)
2. Memberi kesedaran kepada peserta mengenai perubahan terkini dalam peraturan pengangkutan Dangerous Goods (DG) melalui udara
3. Meningkatkan kefahaman dalam perkembangan DGR terkini bagi mengatasi isu-isu dalam pengangkutan DG dengan betul
4. Meningkatkan skill sedia ada peserta dalam bidang perdagangan antarabangsa
5. Memantapkan pengetahuan peserta dalam bidang Logistik dan Perdagangan Antarabangsa
6. Mengukuhkan skill interpersonal peserta sebagai pelajar, pekerja dan pendidik dalam bidang Logistik dan Pengangkutan khususnya Pengurusan dan Pengendalian Barang Berbahaya
 
Di akhir kursus, peserta telah menjalani ujian. Sijil Kursus adalah berdasarkan grade Excellent, Good atau Average bergantung kpd keputusan ujian peserta.