PROGRAM INNOVATION MECHANICAL EXHIBITION SESI II 2022/2023 (INNOMEX’23)
Berlangsung di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai.Program ini bertujuan untuk melaksanakan penilaian dan pameran projek akhir bagi Projek 2 (DJJ50193) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) sesi II 2022/2023.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Hj. Wan Zulkifly Wan Zakaria diiringi Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Ts. Khairul Nizam Kamarudin.
Program INNOMEX'23 juga turut menjemput 2 orang panel industri yang komited membantu JKM Politeknik Nilai untuk memacu kecemerlangan pelajar.
Program ini adalah anjuran kolaborasi Unit Projek JKM bersama Kelab Pelajar JKM Politeknik Nilai. Pengarah program INNOMEX'23, En. Mohd Izham merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
- Details
- Hits: 705