Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) bertujuan menziarahi keluarga pelajar Politeknik Nilai yang telah meninggal dunia pada 25 Disember 2022 (Ahad) yang lepas akibat kemalangan. Allahyarham Muhammad Ikram bin Mohd Yazid merupakan pelajar Sesi Jun 2019 dan sedang menjalani Latihan Industri semasa kejadian tersebut berlaku.
Seramai 7 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah terlibat dalam program tersebut di rumah keluarga allahyarham di Kg. Perigi Jerneh, Rembau. Turut disampaikan sumbangan dari pihak JKM yang diserahkan oleh Dr. Faraziah Hassan, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Pn. Noorhamiza Jusoh@Mohd Nor, Pegawai Psikologi yang mewakili pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar.