Bengkel tersebut telah berlangsung di Politeknik Nilai dan telah dihadiri oleh semua Pengarah Bahagian JPPKK. Bengkel telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah JPPKK. Bersempena bengkel tersebut juga, beliau turut meluangkan masa membuat lawatan rasmi ke Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri (JAB) seperti makmal bioteknologi, rumah fertigasi, bengkel DLH juga makmal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) serta Pusat Sukan Politeknik Nilai, turut mengiringi beliau adalah En. Roslee bin Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK dan Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai.