Program ini telah berlangsung di Dataran Hal Ehwal Pelajar dan Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Unit Komunikasi & Perhubungan Korporat (UKK) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti bazaar jualan, pameran dan produk, antara booth yang telah mendapat sambutan hangat adalah Kaunter Bayaran Saman, Booth Psikologi, Booth MPP, Kaunter Semakan Hrmis, Kaunter Asrama dan Kaunter Kemaskini eProfilling. Unit Psikologi bersama Pembimbing Rakan Siswa (PRS) juga telah mengendalikan aktiviti bersama anak-anak staf iaitu aktiviti mewarna dan senamria.
Pada masa yang sama bertempat di Dewan Sri Putra telah diadakan pertunjukan kawad oleh RELASIS dan pelbagai mini games telah disediakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).