Majlis telah berlangsung dengan meriah di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Nilai. Majlis pada kali ini telah dihostkan bersama oleh Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Antara pengisian menarik adalah Bicara Santai bersama Syamsul Debat bertajuk 'Pendidik Cakna, Sahsiah Terbina' dan Bicara Lean Management oleh Ts. Dr. Mazita Mat Ali. Majlis juga diserikan dengan cabutan bertuah dan sambutan ulangtahun staf yang lahir pada bulan Oktober - Disember.
Tuan Pengarah PNS, Haji Wan Zulkifly Wan Zakaria turut menyerahkan sumbangan Kelab Kebajikan & Rekreasi Kakitangan (KKRK) kepada staf dan menyampaikan watikah pelantikan Jawatankuasa PUSPANITA 2023/2024.