Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Puan Roshayati binti Mat Zin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kanan JAKIM. Program ini telah disertai oleh seramai 64 orang pelajar Program Diploma in Retail Management (DRM) serta para pensyarah. Pelajar diberi pendedahan berkenaan pensijilan Halal, isu-isu semasa berkaitan halal serta pengalaman sebenar yang dikongsikan oleh penceramah. Tujuan program ini adalah untuk memenuhi keperluan silibus DPR50103, iaitu CLO2: Organize an academic discourse event on Halal Retailing. Webinar ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar DRM semester 5 dengan jayanya secara dalam talian bagi kursus DPR50103 Current Issues in Retailing.