Inkubator keusahawanan NFT Smart Kit Politeknik Nilai telah mewakili Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di dalam Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022 baru-baru ini. Mempertaruhkan produk NFT Smart Kit dan Smart Urban Farming Monitoring (SUFmVr.1), pasukan NFT Smart Kit telah berjaya ke peringkat separuh akhir iaitu 10 kumpulan terbaik dari 30 penyertaan dari seluruh IPTA/S seluruh Malaysia. Pasukan NFT Smart Kit melalui mentor En. Mohd Saifuddin Hj. Ahmad telah membawa 5 orang pelajar apprentice 4 yang terdiri dari pelajar Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (DKM, JKM) ke pertandingan kali ini. Pelajar yang terlibat ialah Nur Fardhilah Firdaus binti Zulkefli, Nur Syamimi binti Mohd Azlan, Nur Maizatul Syafiqah binti Zamani, Mohamad Rafiqi Rusyaidi bin Mohamed Azali dan Khairuiman Mahamud bin Khairuzaman.