Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menjemput pelajar, ibu bapa, guru kaunselor serta orang awam untuk menghadiri Pameran Pendidikan Jom Masuk 'U'. Program ini merupakan platform terbaik untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC). Antara pengisian menarik:


i.  Taklimat dan kaunter konsultasi UPUOnline
ii.  Karnival keusahawanan
iii. Live broadcast bersama influencer pendidikan

Seramai 10 orang pelajar dan 7 orang pensyarah Politeknik Nilai telah hadir bagi menyokong program yang berlangsung di Dewan Sri Siantan, Putrajaya bermula 29 Januari - 1 Februari 2026.