Program Start & Spark Session Strengthening Partnership Through Skilling anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah diadakan menggunakan platform Industry on Campus (IOC), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) yang julung kali diadakan ini telah dihadiri oleh tiga (3) orang Panel Penasihat Industri (IAP) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) terdiri daripada USS Engineering & Trading, Gentle Automation Solution Sdn. Bhd. dan Strada Resources yang telah membuat perkongsian ilmu dan pengalaman masing-masing.
Inisiatif program yang ditonjolkan ini telah turut dapat menghimpunkan 10 industri/agensi Kerajaan yang lain yang telah turut sudi meluangkan masa untuk hadir seterusnya dapat merealisasikan dan memupuk platform Industry on Campus (IOC) ini.
Program yang telah disempurnakan dengan jayanya oleh Ts. Khairul Nizam bin Kamarudin, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ini dilihat dapat memberi manfaat yang luas melalui jaringan kolaborasi yang diwujudkan seiring dengan aspirasi dan hala tuju Politeknik.