KURSUS PENDEK PENULISAN TESIS: KAJIAN LITERATUR
Satu Kursus Pendek berkenaan Penulisan Tesis: Kajian Literatur telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Nilai. Kursus ini melibatkan seramai 145 orang peserta dan ianya adalah satu inisiatif Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang tatacara menulis tesis terutamanya bab kajian literatur. Kursus ini disampaikan oleh Ts. Sures a/l Narayasamy dibantu oleh Penyelaras FYP, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri. Semoga semua peserta dapat memperoleh manfaat daripada kursus ini.
- Details
- Hits: 342